SEKALUNG PENGHARGAAN

Pertama sekali, Unit Komunikasi Negeri Terengganu ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Terengganu di atas kepercayaan yang diberikan kepada Unit Komunikasi Negeri Terengganu bagi menganjurkan Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010.

Terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu yang telah meluangkan masa hadir merasmikan dalam majlis-majlis berkaitan yang dianjurkan dan, Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010, seterusnya sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang bertuah.

Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Unit Pengurusan Maklumat Negeri, Kementerian Pelancongan Malaysia, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu FM, Yayasan Pembangunan Keluarga, jabatan-jabatan kerajaan dan badan berkanun serta agensi kerajaan dan swasta.

Terima kasih kepada Percetakan Yayasan Islam Terengganu, Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu, media dan semua yang telah memberikan kerjasama serta sokongan yang diberikan sepanjang pertandingan ini diadakan sejak 1 April 2010 yang lalu.

Unit Komunikasi Negeri Terengganu juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Ri-Yaz Heritage, Marina Resort & Spa, Kuala Terengganu; Awana Kijal Golf Beach & Spa Resort, Kemaman, Terengganu; Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu; Sutra Beach Resort, Merang, Kuala Terengganu; Felda Residence Kuala Terengganu, Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu, Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Terengganu, Hotel Permai Inn, Bukit Keluang Beach Hotel, Besut, Terengganu yang telah menaja hadiah sampingan untuk para pemenang utama bagi setiap kategori.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan ini, kepada yang menang teruskan usaha penambahbaikan serta mengemaskini laman blog anda, kepada yang tidak berjaya pada kali ini jangan berputus asa, teruskan usaha anda kearah kecemerlangan. Sumbangan yang anda semua berikan amat besar maknanya dan telah memberikan impak yang besar kepada industri pelancongan negeri Terengganu. Teruskan jasa bakti anda dalam memberikan maklumat yang akan memangkin industri pelancongan, seterusnya menjana ekonomi negara. Sebagai rakyat yang cintakan negeri dan negara ini sumbangan anda dalam penulisan blog pelancongan ini amatlah bernilai.

Kami Unit Komunikasi Negeri Terengganu dengan rendah hati memohon jutaan kemaafan jika terdapat sebarang kekhilafan yang ada di atas segala kekurangan dan kelemahan kami sebagai insan sepanjang penganjuran Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010.

Pisang emas bawa belayar, masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.

Insya Allah, jumpa lagi di tahun hadapan.

Sekian. Terima Kasih.

UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU

Comments

Popular posts from this blog

Place To Stay A Marang

Yang Belum Menghantar URL

Experience a holiday in the tropics, Terengganu ultimately