Posts

Showing posts from March, 2011

Terengganu destinasi pilihan pelancong

Oleh: Kamarudin Mat Akib

Kedudukan Terengganu sebagai antara tiga destinasi pelancongan popular di Malaysia pada tahun lepas, seperti yang diumumkan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), pastinya menggembirakan banyak pihak.

Menurut MATTA, Terengganu yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan yang menarik di darat, tasik dan pulau, menjadi destinasi popular pelancong dalam dan luar negara bersama-sama Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

Pengusaha hotel, chalet, rumah tumpangan dan ‘home-stay’ gembira kerana penginapan mereka mendapat tempahan berterusan, terutama pada waktu puncak – cuti sekolah dan musim perayaan.

Pengusaha makanan, barangan kraf dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pula pasti berpeluang menambah produk masing-masing kerana permintaan kian meningkat.

Manakala di pihak kerajaan pula, kedudukan ini tentunya menjadi ‘kayu pengukur’ kepada usaha mereka untuk memajukan industri pelancongan bagi menggantikan sumber ekonomi negeri yang sebelum ini terlalu …