Posts

Showing posts from January, 2012

Tasik Kenyir pusat pelancongan keluarga kelas dunia

Kerajaan Terengganu memperuntukkan kira-kira RM100 juta sepanjang tahun ini bagi membangunkan dan memajukan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan keluarga bertaraf antarabangsa.

Daripada jumlah itu, RM30 juta bagi pelancongan tasik itu, manakala selebihnya bagi membangunkan kawasan bebas cukai dengan memberi tumpuan kepada Zon Bebas Cukai meliputi Pulau Bayas sebagai `Kenyir Trade Centre’ dan Pengkalan Gawi yang melibatkan pembinaan terminal utama, kompleks dan kuaters kastam.

“Selain itu, tumpuan khusus juga diberikan kepada pembangunan fizikal di Santuari Kelah, mempelbagaikan produk Kenyir Island Hoping dengan mewujudkan Taman heliconia, Taman Rambutan serta Taman Botani. Pada masa yang sama turut membangunkan eko pelancongan Santuari gajah di Sungai Telemong,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Dalam perkembangan yang sama, bagi memastikan sektor pelancongan terus meningkat, kerajaan mengumumkan 2013 sebagai Tahun Melawat Terengganu, selain menjadikan setiap tahun a…