Rumah Warisan Haji Su Produk Pelancongan Terbaru



Rumah Warisan Haji Su yang terletak di Kampung Losong, Kuala Terengganu dijadikan sebagai produk pelancongan terbaru di Terengganu bagi menarik lebih ramai pelancong sempena Visit Beautiful Terengganu 2017. 

 Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata rumah warisan tersebut telah mula dibuka kepada pengunjung pada setiap hari secara percuma. Katanya, pelbagai perancangan telah dirangka melalui Muzium Negeri dan Pelancongan Negeri Terengganu bagi menggalakkan lebih ramai pelancong berkunjung ke rumah warisan tersebut. 

 "Kita bercadang untuk memperkenalkan pelbagai pakej di sini. Berkemungkinan ada pakej yang menawarkan untuk pengunjung bermalam di rumah ini. 

 "Kami ingin memastikan bahawa di sini, kita dapat memperkasakan lagi tentang budaya dan kesenian negeri Terengganu termasuk dari segi pembuatan batik, songket, tembaga, seni ukiran kayu dan sebagainya," katanya. 


Beliau ditemui pemberita dalam lawatannya ke Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu, hari ini. Turut hadir, Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusof Abdullah. Sementara itu, Ahmad Razif berkata RM3.7 juta telah diperuntukkan bagi membaik pulih rumah tersebut. 

Katanya, untuk memulihara rumah tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana ingin mengekalkan ciri-ciri asalnya. Tambahnya, kawasan yang bakal dijadikan sebagai tempat tumpuan tersebut turut akan memberikan peluang kepada usahawan-usahawan terutamanya yang terlibat dalam bidang warisan. 

 "Peluang akan diberikan kepada usahawan dalam bidang warisan kita iaitu songket, batik, ukiran dan sebagainya. "Selain itu, kita akan lakukan pameran, program dan mungkin selepas ini akan disertakan sekali dengan persembahan pentas kebudayaan dan sebagainya," katanya

Comments

Popular posts from this blog

Yang Belum Menghantar URL

Experience a holiday in the tropics, Terengganu ultimately

Place To Stay A Marang